fbpx

Pengantin baharu maut, motosikal Kawasaki Z1000 rempuh Proton Saga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Kawasaki Z1000 dan kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan di KM 79,Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu Bharu berhampiran Kampung Guntung, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang peniaga yang baru empat hari melangsungkan perkahwinan maut selepas motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Z1000 ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Guntung, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 10.20 pagi itu, mangsa, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, Wan Hasbullah dikatakan dalam perjalanan ke Jerteh dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dikatakan cuba memotong, namun terlanggar sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang penternak haiwan berusia 44 tahun.

“Kereta Proton Saga itu dikatakan sedang membelok ke simpang kanan sewaktu kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, mayat Wan Hasbullah telah dihantat ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut, manakala pemandu Proton Saga mengalami luka pada bahagian kepala dan diberi rawatan di hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI