PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil mudah apabila mempunyai simptom bengkak kelenjar.
Menurut Public Health Malaysia, tanda-tanda seperti benjolan di leher, bawah dagu, ketiak atau celah paha tidak boleh dianggap keletihan biasa atau angin.
“Kelenjar limfa membengkak apabila badan sedang melawan jangkitan.
“Tetapi, jika bengkak itu tidak suruh lebih dua minggu, semakin besar atau sakit, disertai demam, berpeluh malam, atau berat badan turun mendadak ia mungkin petanda penyakit yang lebih serius seperti jangkitan kronik, gangguan imun, atau kanser limfoma,” katanya.
Justeru itu katanya, individu yang mengalami gejala tersebut dinasihatkan untuk terus merujuk doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
“Jangan tunggu. Rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut. Lebih awal, lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE