fbpx

Takut keluar rumah diganggu pengutip hutang bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Elliza Razak ini berasa ketakutan apabila hidupnya masih dibelenggu hutang bekas suaminya.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Elliza Razak terpaksa hidup diselubungi ketakutan akibat berdepan gangguan pengutip hutang melibatkan bekas suaminya.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Elliza atau nama lengkapnya Elliza Abdul Razak, 41, meluahkan kerisauannya apadia sering diganggu beberapa individu yang menuntut hutang bekas suaminya.

“Saya dah bercerai! Tak ada kena mengenai dengan bekas suami dah. Saya pun tak tahu dia tinggal di mana.

“Tolonglah kepada yang nak cari dia kutip hutang, tolong jangan cari saya. Saya tak tahu apa-apa pasal hutang dia.

“Hari ini banyak masuk mesej orang cari dia (bekas suami). Bunyi macam ah long minta hutang pun ada. Ya Allah tolong jangan ganggu ketenteraman saya,” tulisnya.

Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga itu lagi, nafkah untuk dua orang anaknya juga sudah empat bulan tidak dibayar.

Elliza sewaktu dihubungi Kosmo! Online berkata dia kini sedang berada di dalam ketakutan dan berkurung di dalam rumah.

“Saya takut nak keluar rumah, saya ada hubungi Nine (teman rapat) dan dia nasihatkan saya untuk tidak keluar rumah.

“Tetapi saya risau kerana saya perlu juga keluar dari rumah untuk ambil anak pulang dari sekolah,” katanya.

Tambah Elliza lagi, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya terus diganggu dan keselamatannya terancam.

Untuk rekod, Elliza dan bekas suaminya yang dikenali sebagai Khairul Adzwan Nasir berkahwin pada 11 November 2011. Namun mereka bercerai pada Februari 2024. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI