fbpx

Lelaki terselamat jatuh 7.6 meter dalam longkang selepas langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang berada dalam longkang berpaya itu.

KLANG – Seorang lelaki terselamat meskipun tercampak sedalam 7.6 meter di kawasan longkang berpaya selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong, awal pagi ini.

Mangsa berusia 40 tahun itu hanya mengalami kecederaan selepas operasi penyelamatan hampir dua jam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.14 pagi.

“Berdasarkan maklumat mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Aruz telah melanggar sebuah lori,” katanya hari ini.

Tambah beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.12 pagi dengan mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI