fbpx

Harga sayur import kekal di Pasar Siti Khadijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga buah-buahan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu masih mengekalkan harga jualan mereka.

KOTA BHARU – Peniaga sayur-sayuran dan buah-buahan import di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan barangan selepas kerajaan menguatkuasakan pe­luasan cukai jualan dan perkhid­matan (SST) bermula semalam.

Seorang peniaga sayur-­sayuran yang dikenali sebagai Luai, 60, berkata, tiada sebarang kenaikan harga bagi dua jenis sayur yang diimport dari Thailand iaitu lobak kerinting dan halia potong.

Katanya, harga lobak kerin­ting yang dibeli dengan pemborong adalah RM35 untuk 5 kilogram (kg), manakala halia potong RM60 bagi kuantiti sama.

“Saya beli dua sayur itu daripada pemborong dan harga jualannya masih sama iaitu RM14 untuk 1kg halia potong dan RM9 bagi lobak kerinting.

“Pemborong juga tidak menaikkan harga bahan mentah itu. Jadi, tiada keperluan peniaga untuk menaikkan harga barangan yang tidak dikenakan SST,” katanya ketika ditemui ­Kosmo! semalam.

Seorang peniaga buah-buahan, Norhayati Aziz, 39, berkata, kebanyakan buah-buahan yang dijual di Pasar Besar Siti Khadijah itu terdiri daripada bara­ngan tempatan dan import.

Menurutnya, peniaga di pasar itu tidak akan menaikkan harga sesuka hati dan jualan barangan tersebut mengikut harga pasaran.

“Setahu saya, harga buah-buahan yang dijual seperti tembikai, betik dan lain-lain juga masih sama.

“Peniaga juga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga kerana kami boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI