PETALING JAYA – Gelagat seorang penunggang motosikal yang langsung tidak menghiraukan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza terbalik ketika melalui lokasi kemalangan itu mencuri perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, lelaki itu dilihat hanya berhenti seperti biasa ketika lampu isyarat merah tanpa sedikit pun menoleh ke arah insiden tersebut.
“Kering betul abang ni… mungkin itu kereta ex (bekas kekasih) dia kot,” tulis seorang pengguna di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan reaksi bersahaja penunggang tersebut.
“Orang dah ramai dekat situ dan kalau nak datang tolong buat jalan sesak lagi, baik teruskan perjalanan,” kata Bun Laiho.
“Mesti dia ingat tengah penggambaran kan. Eceh, nak masuk televisyen lah tu,” seloroh Amirul Rosle.
“Mungkin abang tu ada masalah yang lagi besar daripada kereta terbalik tu,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE