fbpx

Kereta rosak, Fikry Ibrahim tumpang lori balik Utagha ‘seat belakang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fikry Ibrahim menyorot perhatian ramai apabila 'ditumpangkan' sebuah lori gara-gara kereta yang dipandunya mengalami kerosakan.

PETALING JAYA – Berbudi tanpa mengira bangsa atau agama, pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim menyorot perhatian ramai apabila ‘ditumpangkan’ sebuah lori gara-gara kereta yang dipandunya mengalami kerosakan.

Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, yang difahamkan dalam perjalanan ke Utara tanah air dilihat terharu dengan bantuan oleh seorang wanita dan dua lagi penumpang lori tersebut.

Paling menarik perhatian ialah Fikry tidak berada di bahagian tempat duduk pemandu sebaliknya di bahagian belakang lori tanpa bumbung.

“Kereta saya rosak tetapi ada satu hamba Allah SWT ini datang untuk bantu saya,” katanya dalam video berdurasi 41 saat itu.

Hos Melodi itu juga turut berterima kasih kepada wanita bernama Kamala kerana menumpangkannya untuk ke destinasi yang dituju.

“Terima kasih tumpangkan saya,” katanya kepada wanita tersebut.

Video yang sudah meraih lebih 650,000 tontonan itu dibanjiri dengan komen positif netizen selain menyifatkan Kamala merupakan individu satu dalam sejuta.

Mereka juga melabel Fikry sebagai individu rendah diri kerana tidak kisah menaiki lori meskipun berstatus selebriti.

“Bukan senang nak jumpa orang baik seperti Kamala pada zaman sekarang.

“Mesti Kamala tak tahu individu yang dia tumpanglan itu artis.

“Ini rendah diri tahap lain, tabik Fikry sebab sanggup naik lori dan duduk pula di bahagian belakang,” puji netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI