fbpx

PU Azman hafaz 4 juzuk al-Quran di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Azman.

SEREMBAN – Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman telah menghafaz empat juzuk al-Quran sepanjang berada di Penjara Kajang atas kesalahan melakukan amang seksual.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang sebelum ini mewakili PU Azman berkongsi keadaan terkini pendakwah itu yang kini berada dalam keadaan baik dan tenang.

“Untuk pengetahuan semua, beliau berada dalam jagaan yang baik dan setiap hari beliau mengajar banduan di dalam penjara dan adakalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penjara.

“Beliau mohon doakan beliau sekarang ini dan dah masuk empat juzuk hafal al-Quran,” kongsinya di media sosial Facebook.

Katanya, setiap kali berjumpa dengan bekas anak guamnya itu, ada saja buku yang diminta untuk dibawa.

Bagaimanapun, Mohamad Zahid berkata, berada di dalam penjara bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan hanya PU Azman merasainya.

“Saya yakin apa yang terjadi pada sahabat saya adalah ujian yang terbaik di sisi Allah,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan PU Azman untuk menjalani hukuman serentak selama 12 tahun berbanding 24 tahun atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman dua sebatan yang dikenakan terhadapnya dan beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 27 September 2024.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI