fbpx

Penduduk terkejut kadar urus jenazah cecah RM1,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Penduduk di daerah ini terkejut apabila mendapati kadar pengurusan jenazah baharu yang ditetapkan di sebuah masjid mencecah RM1,300.

Penduduk yang ingin dikenali sebagai Man berkata, pemasangan kepuk juga diwajibkan di kariah berkenaan.

Katanya, hebahan itu memaklumkan bermula bulan ini dengan kadar kos pengurusan jenazah di masjid berkenaan telah ditetapkan berjumlah RM1,300 termasuk kepuk.

“Saya telah membuat pemantauan kadar harga pengurusan jenazah di masjid-masjid lain di daerah ini dan mendapati ada masjid menawarkan harga serendah RM650.

“Tak tahu kenapa harga agak tinggi sedangkan tanah kubur merupakan tanah wakaf. Yang pelik bayaran kepok di wajibkan, sedangkan kubur Siti Aminah, ibu Rasulullah dan Siti Kadijah, isteri Rasulullah tak ada kepuk,” katanya, di sini, hari ini.

Kadar pengurusan jenazah baharu yang ditetapkan di sebuah masjid mencecah RM1,300. – Foto PENDUDUK

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Asri Abdullah berkata, pihaknya sudah mendapat aduan mengenai kadar baharu tersebut dan mengarahkan agar pihak masjid mengadakan satu mesyuarat baharu bagi penentuan kadar yang lebih praktikal.

Menurutnya, sebelum ini, kos keseluruhan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh pihak masjid, namun, pihak masjid kini berhadapan masalah untuk meneruskannya.

“Bagaimanapun, kita nasihatkan pihak masjid untuk menghidupkan semula khairat kematian dan juga menggenakan bayaran mengikut kesesuaian tahap ekonomi waris.

“Malah, pihak jabatan juga tidak pernah mewajibkan binaan kepuk di negeri ini dan berharap agar masjid dapat melihat kembali keputusan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI