fbpx

Pegawai agama joget ‘Kopi Dangdut’ rai Maal Hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pegawai-pegawai itu berjoget sambil memainkan lagu dangdut. - Instagram

JAKARTA – Sekumpulan pegawai Kementerian Agama di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila berjoget dan memasang lagu dangdut sempena sambutan Maal Hijrah semalam, lapor portal berita Metro TV. 

Kejadian dirakam di pekarangan pejabat Kementerian Agama Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @tasikasik.id menunjukkan sekumpulan pegawai lelaki dan wanita sedang menari sambil memainkan lagu rancak. 

Mereka bukan sahaja berjoget, malah mereka menyanyikan lagu bertajuk Kopi Dangdut. 

Ketua Panitia Hari Besar Islam (PHBI), Asep M Nurman berkata, perbuatan itu dilakukan secara spontan selepas selesai Majlis Sambutan Maal Hijrah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 175,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Tidak malukah?” kata seorang netizen. 

“Diluar jangkaan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI