PETALING JAYA – Gempa bumi kuat melanda laut Scotia pada pukul 4.32 petang tadi.
Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa kuat tersebut dilaporkan berukuran 6.4 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di 61 darjah Selatan dan 38.9 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer (km).
“Ia terjadi 3,152km Tenggara dari Puerto Montt, Chile,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE