fbpx

EPL: Spurs tertekan pertahan Romero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMERO ketika ini menjadi buruan Atletico, namun nilai tinggi yang diletakkan oleh Spurs menjadi halangan. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur terus berkeras untuk mempertahankan khidmat pemain pertahanannya, Christian Romero selepas mendapat tekanan hebat apabila Atletico Madrid cuba mendapatkan khidmatnya.

Spurs dilapor tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan tanda harga bernilai £60 juta (RM347.98 juta) untuk mana-mana pasukan yang mahukan khidmat pemain antarabangsa Argentina berkenaan.

Laporan menyebut, pengendali Atletico, Diego Simeone hampir setiap hari memujuk Romero untuk menyertainya di Wanda Metropolitano menyebabkan Spurs berada dalam situasi tertekan.

Kelab yang berpangkalan di London itu terdesak untuk memastikan Romero terus kekal ketika mereka layak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, selain pengurus baharu mereka, Thomas Frank sedar mengenai kualiti dimiliki pemain tersebut.

Biarpun Romero hanya memiliki baki kontrak selama dua musim lagi, Spurs percaya mereka tidak boleh dibuli atau didesak untuk menjual pemain itu pada harga yang lebih rendah dan menganggap nilai £60 juta adalah sangat berpatutan.

Atletico pula dikatakan tidak mampu untuk membayar nilai berkenaan dan cuba menggunakan taktik memujuk Romero untuk memberikan tekanan kepada pihak pengurusan kelab bagi melepaskan khidmatnya.

Situasi berkenaan menyukarkan Frank untuk membentuk skuad terbaik terutama di bahagian penting seperti pertahanan apabila memiliki pemain yang tidak lagi gembira untuk beraksi bersama kelab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI