fbpx

5 negara paling selamat andai dunia perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GEOGRAFI New Zealand terasing di Lautan Pasifik dan terpencil jauh dari kawasan ‘hotspot’ ketenteraan.

PEPERANGAN di beberapa negara baru-baru ini menggusarkan hati orang ramai yang bimbang akan mencetuskan Perang Dunia Ketiga jika perkara ini tidak benar-benar menemui jalan damai. Sedikit sebanyak peperangan yang berlaku di negara-negara itu memberi tempias kepada keselamatan global secara amnya termasuk menggoyahkan kestabilan ekonomi dan keamanan sejagat.

Walaupun begitu, ada beberapa negara yang diramal mungkin akan menjadi tempat paling selamat sekiranya meletus peperangan besar, Perang Dunia atau perang nuklear. Berikut CitaRasa rumuskan lima negara yang dijangka selamat daripada peperangan dan ideal untuk berlindung menurut perkongsian di laman sosial dan portal seperti Geoexplorer, businessupturn, miniature world dan lain-lain.

  1. New Zealand

BANYAK portal meletak New Zealand di tangga pertama. Geografinya yang terasing di Lautan Pasifik dan terpencil jauh dari kawasan ‘hotspot’ ketenteraan menjadikan negara ini tempat terbaik untuk berlindung jika berlaku peperangan besar.  

Terletak di kawasan pergunungan dan dibenteng lautan menawarkan perlindungan semula jadi. Negara ini turut tidak terlibat pakatan ketenteraan sekali gus  tidak menjadi sasaran perang. Bukan sahaja negara yang maju, ia miliki tanah subur, beriklim sederhana dan berkeupayaan hasilkan makanan dan tenaga sendiri. 

Bahkan dikatakan, banyak bilionair secara rahsia telah membina bunker di dalam kawasan pergunungannya. Pada 2021, terdapat satu kajian mendapati New Zealand sebagai negara No.1 yang akan ‘survive’ jika berlaku kemusnahan global. 

 

  1. Iceland

TERLETAK di Lautan Atlantik Utara, Iceland tidak miliki tentera dan tidak menimbulkan ancaman kepada mana-mana negara. Lokasinya yang terasing membantu ia menjauhkan diri daripada peperangan secara langsung. Negara ini miliki mata air panas, gunung berapi, glasier di seluruh tempat dan terkenal dengan keindahan alam. 

Selain itu, negara ini bergantung kepada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga geothermal. Pun begitu, disebabkan faktor iklimnya yang terlalu sejuk menjadikan ia bukanlah ‘tempat persembunyian’ yang cukup ideal.

  1. Bhutan

BHUTAN terkenal dengan dasar berkecuali dan mengelak campur tangan hal ehwal antarabangsa.

 

Bentuk muka bumi bergunung dibentengi Himalaya membantunya mengelak sebarang pencerobohan sepanjang sejarah. Bhutan juga tidak bergantung kepada perdagangan global. 

Masyarakatnya yang aman dan mengekalkan budaya serta persekitaran  unik menjadikannya lokasi mendamaikan jika berlaku krisis di seluruh dunia.

  1. Switzerland

MEMPUNYAI rupa bumi tinggi, geografi terkurung daratan dibentengi banjaran Alps menjadikan ia ‘kebal’.

Pada abad ke-20, sistem pertahanan besar-besaran dibina dengan bunker, terowong dan tapak senjata tersembunyi jauh di dalam pergunungan. Bom diletak di sepanjang sempadan negara dan jika diceroboh ia akan diletupkan.

Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, ketika seluruh Eropah berjuang untuk kuasa, Switzerland kekal selamat dan tidak tersentuh! Switzerland juga tempat yang memegang aset banyak negara di seluruh dunia. Menyerang negara ini merisikokan kehilangan aset antarabangsa.

  1. Fiji

TERLETAK di  Lautan Pasifik yang luas, Fiji ialah sebuah negara pulau terpencil dengan populasi penduduk yang kecil dan komitmen terhadap dasar luar yang aman. Oleh itu, negara ini kurang tumpuan ketenteraan atau peperangan.

Hutan Fiji yang tebal dan kawasan memancing yang banyak menjadikannya tempat perlindungan yang menarik dalam ketidakpastian global, menawarkan tempat perlindungan yang aman jauh daripada potensi bahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI