fbpx

Saya selamatkan Ayatollah Ali Khamenei daripada kematian memalukan- Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar Khamenei dan Trump. – AFP

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengutuk kenyataan ‘tidak sopan dan tidak boleh diterima’ daripada Donald Trump selepas Presiden Amerika Syarikat berkenaan mendakwa telah menyelamatkan pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei daripada ‘kematian buruk dan memalukan’.

“Jika Trump ikhlas mahukan perjanjian, beliau perlu mengetepikan nada tidak sopan dan tidak boleh diterima terhadap Ayatollah Khamenei dan berhenti menyakiti berjuta-juta penyokongnya yang tulus,” kata Araghchi dalam satu kenyataan di laman X.

“Rakyat Iran menunjukkan kepada dunia bahawa Rejim Israel TIADA PILIHAN selain LARI bagi mengelak diratakan oleh peluru berpandu kami, jangan suka mengancam dan menghina,” tambahnya.

AS mengebom tiga tapak nuklear Iran hujung minggu lalu, tanpa kesepakatan tentang keberkesanan serangan tersebut.

Dengan serangan itu, Washington menyertai pengeboman Israel terhadap program nuklear Iran dalam konflik 12 hari yang meletus pada 13 Jun lalu

Kritikan Menteri Luar Iran itu disiarkan semalam selepas Trump berkata di platform Truth Social bahawa beliau telah menyelamatkan pemimpin Iran itu daripada dibunuh dan menuduh Khamenei tidak tahu berterima kasih.

“Saya tahu TEPAT di mana beliau berlindung tetapi tidak membenarkan Israel atau Angkatan Tentera AS  menamatkan riwayatnya.

“SAYA MENYELAMATKANNYA DARIPADA KEMATIAN YANG SANGAT BURUK DAN MEMALUKAN, dan dia tidak perlu berkata, TERIMA KASIH, PRESIDEN TRUMP!,” kata Trump

Menurut Trump, beliau sedang berusaha mengenai kemungkinan membatalkan sekatan terhadap Iran, salah satu tuntutan utama Tehran.

“Sebaliknya, apa yang saya dapat hanya kenyataan kemarahan, kebencian, dan rasa jijik yang menyebabkan saya serta-merta menghentikan semua usaha melonggarkan sekatan, dan banyak lagi,” tambahnya sambil mendesak Iran kembali ke meja rundingan.

Iran menafikan Tehran akan menyambung semula rundingan nuklear dengan Washington yang dijadualkan  bermula minggu depan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI