fbpx

Anna Wintour pencen, letak jawatan lepas 37 tahun kemudi Vogue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anna kini bukan lagi ketua pengarang majalah terkemuka dunia, Vogue selepas dia meletakkan jawatan semalam.

SELEPAS 37 tahun mengemudi majalah fesyen tersohor, Vogue edisi Amerika Syarikat, akhirnya ketua pengarang, Anna Wintour, 75, melepaskan jawatannya semalam.

Anna membuat pengumuman mengenai peletakan jawatannya sebagai ketua pengarang sewaktu mesyuarat bersama kakitangan majalah yang berpangkalan di New York itu.

Namun, pengunduran Anna daripada jawatan tersebut tidak bermaksud dia meninggalkan syarikat penerbitan Conde Nast buat selamanya.

Anna bakal menjadi pengarah editorial global untuk majalah Vogue edisi antarabangsa sekali gus setiap ketua kandungan editorial baharu akan melaporkan kepadanya.

Dalam masa juga, Anna juga akan meneruskan tugasnya sebagai ketua pegawai kandungan syarikat induk Condé Nast.

“Sesiapa sahaja dalam bidang kreatif tahu betapa pentingnya untuk tidak berhenti berkembang dalam kerja yang diceburi.

“Apabila saya menjadi editor Vogue, saya tidak sabar untuk membuktikan kepada semua bahawa terdapat cara baharu untuk membayangkan majalah fesyen di Amerika.

“Sekarang, saya mendapati bahawa keseronokan terbesar saya adalah membantu generasi akan datang yang bersemangat dengan idea mereka sendiri,” katanya dalam ucapan kepada kakitangan Vogue.

Anna mula menyertai Vogue Amerika Syarikat pada tahun 1988 selepas berkhidmat sebagai ketua pengarah bagi edisi Vogue British.

Kehadiran Anna dalam sidang redaksi Vogue Amerika Syarikat telah mengubah landskap majalah fesyen sehingga hari ini.

Muka hadapan Vogue edisi pertama kendaliannya  mencetuskan kontroversi dalam masa yang sama menjadi evolusi baru bagi majalah fesyen Amerika Syarikat. Anna berani memaparkan ‘cover girl ‘ yang memakai baju (musim) panas bersama celana denim.

Dia juga mula mengambil bintang-bintang ternama untuk menghiasi majalah Vogue seperti pelakon Hollywood, penyanyi dan pengacara. Sebelum ini, muka hadapan majalah tersebut hanya memaparkan peragawati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI