fbpx
SELEPAS 132 tahun sebuah majalah dipulangkan semula ke perpustakaan. - Perpustakaan Awam Concord

132 tahun dipinjam, majalah dipulangkan semula ke perpustakaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Sebuah perpustakaan di New Hampshire, Amerika Syarikat mengesahkan seorang pelanggan tidak perlu membayar denda sebanyak AS$12,055 (RM48,000) selepas memulangkan sebuah majalah yang dipinjam 132 tahun lalu, lapor United Press International.

Perpustakaan Awam Concord memaklumkan bahawa seorang lelaki bernama John baru-baru ini telah datang untuk memulangkan majalah The Century Illustrated Monthly untuk bulan September 1894. 

John memberitahu pustakawan bahawa majalah tersebut telah berada di rumahnya selama bertahun-tahun, dan dia tidak pasti bagaimana ia boleh berada dalam simpanannya.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk memulangkannya selepas mendapat tahu tentang pembekuan denda lewat penghantaran yang sedang dilaksanakan oleh perpustakaan tersebut.

“Nasib baik dia tidak perlu membayar denda AS$12,055 (RM48,000) kerana lewat memulangkannya selama 48,220 hari,” kata pihak perpustakaan di media sosial.

Perpustakaan itu menambah bahawa majalah tersebut tidak akan dimasukkan semula ke dalam edaran umum, sebaliknya berkemungkinan akan dipamerkan di Bilik Concord di bangunan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN