fbpx

Ratu-ratu cantik yang gagal menggoncang Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELARAN ratu cantik ternyata hanya tiket untuk lima wanita ini mengecap peluang bergelar aktres namun tidak bernasib baik untuk disanjung sebagai bintang handalan dalam dunia Bollywood.

TIDAK dapat dinafikan, ramai antara heroin terkenal Bollywood lahir daripada pertandingan ratu cantik. Wajah jelita, tubuh yang sempurna serta bakat luar biasa menjadikan mereka sering diburu penerbit dan pengarah.

Namun tidak semua pemenang ratu cantik India berjaya menjadi pelakon terkenal seperti Aishwarya Rai, Sushmita Sen, Priyanka Chopra, Juhi Chawla dan Zeenat Aman.

HibGlam menyenaraikan lima ratu cantik India yang gagal menyerlah sebagai pelakon di Bollywood.

Manushi Chhilar

Meninggalkan pengajian dalam bidang kedoktoran dan memilih terjun ke dunia Bollywood mungkin keputusan paling disesali pemenang Miss World 2017, Manushi Chhilar saat ini.

Sejak memulakan debut di Bollywood menerusi filem Samrat Prithviraj pada 2022, belum ada filem lakonannya yang mendapat kutipan Box Office.

Biarpun berpasangan dengan hero-hero popular seperti Akshay Kumar, Vicky Kaushal dan Tiger Shroff, namun Manushi belum berjaya menempatkan kedudukannya sebagai heroin papan atas.

Dia bagaimanapun terus mendapat tawaran berlakon filem. Filem lakonannya yang seterusnya adalah Maalik bergandingan dengan Rajkummar Rao yang akan ditayangkan pada 11 Julai 2025.

 

Nicole Faria

Nicole merupakan pemenang pertama dari India yang meraih mahkota Miss Earth pada 2010. Namun kerjaya lakonan Nicole tidak segah pemenang-pemenang mahkota ratu cantik yang lain.

Memulakan debut dalam bidang lakonan pada 2014 menerusi filem Yaariya, dia seterusnya membintangi filem Katti Batti pada 2015. Hanya berselang setahun, 2016 menjadi tahun terakhirnya dalam bidang lakonan menerusi filem Bir Baba Hindu terbitan produksi Turkiye.

Yukta Mookhey

Penyandang gelaran Miss World 1999, Yukta Mookhey mempunyai ketinggian yang sangat luar biasa sehingga dikatakan menjadi punca kenapa kariernya sebagai pelakon di Bollywood tidak menjadi.

Dengan ketinggian 180 sentimeter, Yukta sukar untuk digandingkan dengan hero-hero filem Bollywood yang rata-ratanya bertubuh rendah.

Jelitawan itu memulakan debut lakonan menerusi filem Pyaasa di samping Aftab Shi Dasani. Namun filem tersebut gagal di pawagam. Filem-filem seterusnya yang dibintanginya turut gagal meraih perhatian.

Diana Hayden

Si cantik berkulit hitam manis ini merupakan pemenang Miss World 1997, namun kerjaya Diana lebih menyerlah sebagai model berbanding pelakon.

Diana memulakan debut dalam bidang lakonan menerusi filem terbitan Afrika Selatan berjudul Othello pada 2001 sebelum terlibat dalam filem Bollywood sebagai watak pembantu menerusi filem Tehzeeb pada 2003.

Pada 2008 dia juga sempat menyertai program realiti Big Boss. Kini Diana bahagia bersama keluarga dan memiliki dua orang anak. Mereka tinggal di Amerika Syarikat yang merupakan negara kelahiran suaminya.

Namrata Shirodkar

SI jelita Namrata Shirodkar merupakan pemenang Miss India 1993 dan kemudian meraih tempat kelima di Miss Universe pada tahun yang sama. Filem pertama lakonan

Namrata bersama Akshay Kumar dan Sunil Shetty berjudul Purab Ki Laila Pachhim Ki Chhaila tidak pernah ditayangkan sehingga hari ini.

Antara filem lakonannya yang mendapat perhatian adalah Pukar (2000) tetapi sekadar watak pembantu. Selepas berkahwin pada 2005, Namrata terus meninggalkan dunia lakonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI