JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan orang ramai berpusu-pusu mengambil limpahan air daripada beberapa makam ulama agar anak mereka diberi keberkatan, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radarbandung menunjukkan sejumlah kanak-kanak sedang beratur di sekeliling makam bagi mendapatkan air yang didakwa ‘keramat’.
Air keramat itu merupakan takungan air hujan di pusara yang menempatkan ulama atau pun tokoh agama.
Ada antara penduduk sanggup membawa beberapa botol air minuman dari rumah.
Masih belum jelas lokasi kejadian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 206,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Pandai bukan sebab belajar, tetapi ‘air keramat’,” kata seorang netizen.
“Ini syirik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI