fbpx

Ribut petir di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu akan melanda di seluruh kawasan di Labuan.

“Hujan lebat turut diramal di beberapa kawasan di Kedah (Langkawi), manakala Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),” katanya.

MetMalaysia menambah, hujan lebat turut dijangka berlaku di Terengganu (Besut), Pahang (Bentong, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Sementara itu, kawasan yang terlibat di Johor termasuk Segamat dan Mersing.

Bagi Sabah pula, hujan lebat diramal berlaku di kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI