fbpx

Penunggang basikal masuk jel sebulan sebabkan kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang jaga dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menunggang basikal secara cuai hingga menyebabkan kemalangan maut pada Mac tahun lalu.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhi hukuman itu ke atas K Selva Natchathiram, 56 dan memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 29 Mei lalu.

Tertuduh didakwa menunggang basikal tanpa cermat sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Desa Anggerik pada pukul 2.55 petang, 27 Mac 2024.

Tindakan itu menyebabkan pelanggaran dengan motosikal dari arah bertentangan menyebabkan penunggangnya berusia 28 tahun maut di lokasi akibat parah di kepala.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 43(1) dibaca bersama Seksyen 54(1) dan dihukum di bawah Seksyen 54(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman penjara kerana tidak mampu membayar denda dan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI