fbpx

[VIDEO] Bella, keluarga Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella tiba di Istana Kehakiman pagi ini.

PUTRAJAYA – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hari ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Rayuan, di sini.

Bella, 31, dilihat tiba di pekarangan Istana Kehakiman sekitar pukul 7.50 pagi, mengenakan baju kurung berwarna biru muda bersama ibu bapa Syed Saddiq.

Ini bukan kali pertama selebriti itu dilihat menemani Syed Saddiq dalam prosiding mahkamah, namun kehadirannya pada hari keputusan rayuan menunjukkan komitmen dan sokongan moral yang berterusan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.

Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang dihadapinya akan diketahui 9 pagi ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI