fbpx

Pelajar bakar gambar PM bacul, bodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhammad Akmal

PETALING JAYA – “Kepada adik mahasiswa yang rasa berani kerana berjaya bakar gambar PMX, anda sebenarnya seorang yang bacul dan bodoh,” demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden penuntut sebuah universiti awam yang terlibat dalam insiden membakar karikatur pemimpin negara serta tular baru-baru ini.

“Bagaimana kita marah ketika gambar pemimpin negara kita dahulu diperlakukan begitu hina, begitulah juga kita harus marah ketika gambar pemimpin kita hari ini walaupun berlainan parti diperlakukan sebegitu

“Kalau pejuang perlu berani, tetapi bukan bodoh dan kurang ajar. Berani bukan bermakna kita harus hilangkan adab sebagai manusia,” katanya pada hantaran Facebook.

Dr. Muhamad Akmal berkata, sekiranya mahasiswa terbabit tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau, satu perjumpaan boleh diaturkan.

“Saya nak sangat jumpa adik-adik mahasiswa ini.

“Tolong maklumkan saya tempat dan masa, insya-Allah abang akan sampai untuk jumpa adik-adik depan-depan,” katanya.

Terdahulu, tular sekumpulan mahasiswa membakar kain rentang bergambar karikatur pemimpin negara pada penghujung satu perhimpunan aman di Kota Kinabalu, Sabah, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI