fbpx

Jaga parah kena serang ketika mabuk di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas ditetak sekumpulan individu dalam pergaduhan di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Baru Nilai, awal pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan berusia dalam lingkungan 30-an parah ditetak sekumpulan individu tidak dikenali dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Baru Nilai, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan pukul 6.08 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang yang memaklumkan mangsa dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dengan kecederaan di muka dan badan.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditetak menggunakan parang dan dipukul dengan kayu oleh lebih empat suspek pada pukul 2.30 pagi.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di kepala serta kaki,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati insiden tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan gengsterisme atau dendam.

“Pergaduhan dipercayai tercetus semasa mereka berada di bawah pengaruh alkohol, yang membawa kepada salah faham dan provokasi. Kita sedang giat mengenal pasti suspek terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI