fbpx

Tiga cedera, bas persiaran terbabas di Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas persiaran yang terbabas di Kilometer 12 Jalan Genting Highlands di Bentong malam semalam.

BENTONG – Seramai 25 penumpang termasuk pelancong asing mengalami detik cemas selepas sebuah bas persiaran dalam perjalanan turun dari Awana Genting Highlands terbabas dan melanggar tembok jalan di Kilometer 12 Jalan Genting Highlands di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu menyebabkan dua penumpang dan pemandu bas mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Genting Highlands menghala ke Serdang, Selangor.

“Apabila sampai di lokasi kejadian semasa hendak melalui selekoh, bas terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok jalan.

“Akibat kejadian pemandu bas yang berusia 54 tahun dan dua penumpang termasuk seorang warga asing mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut dan tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI