fbpx

CWC: Flamengo layak ke pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danilo (kiri) meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Chelsea awal pagi tadi.

PHILADELPHIA – Flamengo meneruskan ‘fenomena’ kelab Brazil dalam saingan Piala Dunia Kelab dengan menjadi pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Chelsea 3-1 untuk mendahului Kumpulan D awal pagi tadi.

Kemenangan Flamengo memastikan kelab Brazil kekal cemerlang apabila menewaskan pasukan pilihan dari Eropah selepas Botafogo turut berjaya mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 kelmarin.

Pengendali Flamengo, Filipe Luis prestasi yang diberikan semua pemain cukup sempurna sepanjang perlawanan dengan penyerang utama, Bruno Henrique memberi impak dengan meledak satu gol pada aksi kali ini.

“Saya sudah katakan kepada pemain supaya tidak merendah diri pada perlawanan ini kerana kita ada peluang untuk mengejutkan pasukan lawan.

“Meskipun dibolosi awal, pemain masih mempamerkan corak permainan positif dan saya bangga dengan apa yang disaksikan.

“Henrique juga telah membuktikan bahawa dia seorang pemain yang istimewa selain pengalaman Danilo di benteng turut membantu pasukan kekal tenang,” kata Filipe yang pernah menyarung jersi The Blues ketika bergelar pemain profesional. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI