fbpx

EPL: Impian Ballon d’Or Salah memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH percaya Liverpool mampu membantunya untuk menjulang gelaran Ballon d’Or kali ini ekoran prestasi hebat pasukan itu dan dirinya musim lalu. - AFP

PARIS – Bintang Liverpool, Mohamed Salah mengakui memasang impian untuk menjadi pemain kedua dari benua Afrika yang merangkul gelaran Ballon d’Or sejak mula berhijrah ke Anfield pada 2017.

Selepas mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua bersama The Reds dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak, Salah mengidamkan Ballon d’Or sebagai hadiah khusus buat rakyat Mesir.

“Ketika saya masih kecil, semua ini tidak ada dalam kepala saya kerana hanya bermain di jalanan. Segalanya tercetus apabila saya bercakap dengan Ramy Abbas (ejen) tentang perkara ini dan saya lebih yakin ketika bersama Liverpool.

“Beberapa pemenang sejak kebelakangan ini sudah pun mencapai usia 30 ke atas, jadi siapa tahu akan tiba giliran saya,” katanya.

Salah kini berada sebaris dengan Ousmane Dembele, Lamine Yamal dan Raphinha sebagai calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or selepas dia meledak 34 gol serta cipta 23 bantuan jaringan dalam 52 penampilan dengan Liverpool.

Salah juga pemain kelima yang berjaya menjulang anugerah Pemain Terbaik Tahun lebih sekali selepas Thierry Henry, Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic dan Kevin De Bruyne melakukannya sebelum ini.

Legenda Liberia, George Weah adalah pemain pertama memenangi Ballon d’Or dan kali terakhir pemain Liverpool diangkat sebagai penerima anugerah ini ialah pada 2001 menerusi Michael Owen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI