fbpx

EPL: Arsenal bakal kempunan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL diramal akan terus kempunan untuk merangkul gelaran EPL apabila sekadar menduduki tangga ketiga untuk saingan musim baharu nanti. - AFP

LONDON – Opta super komputer meramalkan Liverpool bakal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26 meskipun dengan pungutan mata lebih rendah berbanding musim lalu.

Menurut analisis, skuad kendalian Arne Slot dijangka menamatkan musim dengan 82 mata iaitu dua mata kurang daripada musim lalu, tetapi masih cukup untuk mengatasi Manchester City yang diramal naib juara dengan 79 mata.

Arsenal, Aston Villa dan Newcastle melengkapkan kelompok lima teratas, sekali gus menyaksikan Chelsea sekali lagi terlepas slot Liga Juara-Juara.

Manchester United pula terus bergelut apabila diramalkan menduduki tangga ke-14 dengan hanya 44 mata sekali gus menyambung musim penuh kekecewaan di bawah Ruben Amorim.

Turut tidak diberi harapan ialah Tottenham Hotspur apabila juara Liga Europa itu diramal sekadar menghuni tangga ke-17 iaitu tiga mata sahaja dari zon penyingkiran, di bawah bimbingan jurulatih baharu, Thomas Frank.

Bagi zon bawahan, tiga pasukan yang baru dinaikkan Sunderland, Burnley dan Leeds United, dijangka akan kembali semula ke Liga Kejuaraan selepas satu musim bergelut di liga utama.

Di sebalik senario suram buat beberapa pasukan, musim baharu tetap menjanjikan aksi menarik termasuk pembukaan tirai pada 15 Ogos apabila Liverpool melayan kunjungan Bournemouth di Anfield.

Dua hari kemudian, tumpuan terarah ke Old Trafford apabila United menentang Arsenal iaitu pertembungan dua pasukan yang perlu membina semula keyakinan selepas kempen hambar musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI