fbpx

NASA kesan ‘cendawan’ tumbuh di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
'Cendawan' (dalam bulatan) ditemukan di Planet Marikh. - Foto UFO Sightings Daily

LONDON – Kenderaan penjelajah Curiosity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan imej luar biasa iaitu objek menyerupai ‘cendawan’ tumbuh di Planet Marikh, lapor portal berita MailOnline semalam.

Gambar itu dirakam pada 19 September 2013 tetapi telah disimpan dalam arkib dan ditemui oleh pemburu objek terbang tidak dikenali (UFO), Scott Waring.

“Saya tidak pasti bagaimana atau mengapa NASA boleh terlepas pandang perkara sedemikian kerana misi NASA adalah untuk mencari kehidupan di planet (Marikh),” katanya.

Namun, saintis menyatakan bahawa terdapat penjelasan yang lebih mudah tentang ‘cendawan’ itu.

Seorang ahli fizik planet dari Universiti Birmingham, Dr. Gareth Dorrian memberitahu MailOnline bahawa objek tersebut sebenarnya batu berbentuk cakera.

Sebagai alternatif, ia boleh menjadi struktur geologi yang dipanggil pengkonkritan yang terbentuk berbilion tahun dahulu di Marikh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI