fbpx

Duplantis pecah rekod dunia ke-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUPLANTIS berjaya melakukan catatan rekod dunia baharu acara lompat bergalah dengan memecahkan rekodnya sendiri di Liga Berlian Stockholm awal pagi semalam. - AFP

STOCKHOLM – Armand Duplantis menghadiahkan detik bersejarah kepada penyokong tuan rumah apabila memecahkan rekod dunia acara lompat bergalah miliknya sendiri dengan catatan 6.28 meter (m) pada aksi Liga Berlian di Stockholm, awal pagi semalam.

Lompatan itu dilakukan pada percubaan pertama sekali gus ia merupakan kali ke-12 bintang Sweden berusia 25 tahun itu memperbaharui rekod dunia sejak mula mencipta sensasi dalam arena lompat bergalah dunia.

“Saya tak percaya. Rasa macam kali pertama saya pecahkan rekod. Ia luar biasa. Saya seperti terapung di awangan sekarang,” katanya.

Duplantis yang dilahirkan di Amerika Syarikat, tetapi mewakili Sweden, meraikan kejayaan bersejarah itu dengan menanggalkan jersi dan berlari ke arah keluarganya yang hadir menyaksikan lompatan tersebut di Stadium Olimpik 1912.

“Ini antara impian terbesar saya, nak pecahkan rekod dunia di Stadion. Saya nak keluarga saya lihat sendiri. Ini magis, sungguh magis,” ujarnya.

Dia sebelum itu meminta sokongan padu penonton sejak namanya diumumkan dan mereka membalas dengan sorakan serta tepukan gemuruh yang mengiringi setiap lompatan hingga rekod itu berjaya dipecahkan.

“Setiap kali saya nak pecahkan rekod, saya boleh rasa dalam percubaan pertama sama ada hari itu hari bertuah. Tapi hari ini kaki saya rasa berat. Cuma satu percubaan cukup,” tambahnya.

Pesaing terdekatnya, Kurtis Marschall dari Australia hanya mampu melompat setinggi 5.90m sebelum tiga percubaan gagal pada ketinggian 6m sekali gus membuka laluan kepada Duplantis mencipta sejarah baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI