fbpx
Hantaran yang dimuat naik guru terbabit.

Guru hina kematian pelajar UPSI mengajar di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah mengarahkan satu laporan lengkap disediakan berhubung tindakan seorang guru membuat hantaran jelik di media sosial berkaitan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, laporan itu perlu disediakan oleh pengetua sekolah guru terbabit selaras dengan pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkaitan pengurusan isu.

Katanya, berdasarkan semakan, guru tersebut mengajar di sebuah sekolah menengah di negeri ini.

“Apabila hantaran itu tular, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menghubungi pengetua sekolah selain kaunselor PPD turut berhubung dengan guru itu dan menasihatinya.

“Guru itu telah memadam hantaran berkenaan pada pukul 8.10 malam (semalam),” katanya di sini hari ini.

Menurut Khairudin, pihaknya kesal dengan tindakan guru berkenaan yang memuat naik hantaran jelik yang menyinggung perasaan keluarga mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI