fbpx

Pesawat bawa penerjun udara terhempas di Amerika Syarikat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai pesawat berhampiran Lapangan Terbang Tullahoma semalam. - Tennessee Highway Patrol

COFFEE COUNTY, TENNESSEE – Sekurang-kurangnya empat orang cedera selepas sebuah pesawat yang digunakan untuk aktiviti terjun udara terhempas di negeri Tennessee, lapor laman berita CNN semalam. 

Pesawat jenis DeHavilland DH-6 Twin Otter itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Tullahoma setelah berlepas sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan). 

Jurucakap Lapangan Terbang Tullahoma, Lyle Russell berkata, pesawat itu membawa 20 penumpang termasuk kru semasa kejadian.

“Tiga mangsa dihantar ke hospital menggunakan helikopter, manakala seorang lagi dibawa dengan pengangkutan darat akibat kecederaan serius. 

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Russell. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI