fbpx

Nahas UPSI: Dakwaan bas laju hanya spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di dalam bas yang terbabit dalam kemalangan tersebut. - Foto FADZIL ZAINOL / KOSMO!

PETALING JAYA – Polis masih belum mengesahkan sama ada bas persiaran yang terlibat kemalangan hingga mengakibatkan 15 pelajar UPSI maut di Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik dipandu laju seperti didakwa.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sehingga kini anggapan yang tersebar di media sosial tersebut dikatakan sebagai spekulasi.

“Belum dapat dipastikan dakwaan itu. Siasatan masih berjalan. Kita akan mendapatkan laporan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan dan Miros untuk membantu siasatan.

“Pemandu bas itu cedera pada tangan manakala penumpang Perodua Alza iaitu pasangan suami isteri dan dua anak mereka berusia tiga dan enam tahun cedera dan dirawat di Hospital Baling, Kedah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI