PETALING JAYA – Seramai 33 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Peroda Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak pagi tadi.
Setakat ini, kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di dua buah hospital di Perak dan Kedah.
Seramai 29 mangsa menerima rawatan di Hospital Gerik, manakala empat lagi dirawat di Hospital Baling.
Tujuh mangsa ditempatkan di Zon Merah, manakala 20 yang lain menerima rawatan di Zon Kuning. enam yang lain dirawat di Zon Hijau.
Setakat ini bilangan mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu kekal seramai 15 orang terdiri daripada lima lelaki dan 10 perempuan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik dan Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.- KOSMO! ONLINE