fbpx

Budak basikal lajak sanggup bersumpah elak diangkut ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tiga kanak-kanak lelaki yang hampir ditahan kerana bermain basikal lajak.

PETALING JAYA – Tiga kanak-kanak lelaki nyaris dibawa ke balai polis selepas didapati bermain basikal lajak di kawasan yang tidak sepatutnya.

Video perkongsian Mahligaiimpiana232, memaparkan salah seorang daripada kanak-kanak berkenaan merayu kepada anggota polis agar tidak ditahan.

Kanak-kanak yang memakai baju berwarna hitam itu turut dilihat melutut sambil bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya bermain basikal lajak di kawasan larangan.

“Maafkan saya abang, saya janji selepas ini tidak main basikal lajak lagi,” kata kanak-kanak tersebut.

Menerusi video itu juga, dua lagi rakannya sudah pun berada di dalam kereta peronda.

Anggota polis yang terlibat turut memberi amaran tegas kepada ketiga-tiga mereka agar tidak lagi mengubah suai basikal dan diminta untuk mengembalikan basikal kepada keadaan asal dengan kelengkapan lengkap termasuk brek.

“Aku nak semua basikal ini ada brek dan kembali elok semula, kalau tak, aku bawa pergi balai (polis),” tegas anggota polis berkenaan.

Selepas diberikan amaran serta menunjukkan penyesalan, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut dilepaskan dan diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji tindakan tegas yang diambil oleh anggota polis tersebut yang dianggap sebagai langkah pencegahan awal sebelum perkara lebih buruk berlaku.

“Apa yang abang PDRM buat ini bukan untuk menakutkan budak-budak tapi sebagai peringatan pengajaran sebelum jadi hal yang tidak diingini terbaik abang polis,” kata Mokhtar Ramli.

“Bagus polis ini. Semoga budak-budak Melayu tidak merayau dan melepak. Kalau tak dari basikal lajak dia upgrade (naik taraf) ke mat rempit pula. Bimbang tengok ragam anak muda Melayu sekarang,” komen Chinta Naurah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI