fbpx

Lelaki maut terlanggar anjing di Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di lokasi kejadian selepas terlanggar seekor anjing di Jalan Malim Nawar - Kota Bharu, Kampar hari ini. - FOTO IHSAN PDRM

KAMPAR – Seorang lelaki maut selepas terlanggar seekor anjing dalam kemalangan di Jalan Malim Nawar – Kota Bharu di sini pada pukul 7.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa, Mohd Safaril Mohamed Anuar yang berumur 42 tahun dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke tempat kerja di sebuah kilang simen di Kota Bharu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor anjing yang melintas dari kiri ke kanan jalan sebelum terbabas menyebabkannya maut di lokasi kejadian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI