fbpx

Lembu ‘berhias’ sebelum kena sembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan beberapa ekor lembu dihias dengan renda berwarna-warni.

PETALING JAYA – Beberapa ekor lembu yang dihias dengan renda berwarna-warni di badan mencuri perhatian netizen menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Ikhmlz._, kelihatan beberapa ekor lembu duduk santai di bawah khemah dengan hiasan badan yang jarang dilihat sebelum disembelih.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dan sempat berseloroh dengan kejadian berkenaan.

“Alang-alang, pasang sekali lampu lip lap, lagi meriah,” komen seorang pengguna.

“Permintaan terakhir sebelum dikorbankan, hahahah,” seloroh seorang lagi netizen.

“Ingat kuda berhias je ada, lembu pun ada lah sekarang,” tulis pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI