fbpx

EPL: Grealish makin jelas nasib di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH dinasihatkan untuk mencari pasukan baharu apabila City tidak memerlukan khidmatnya lagi. - AFP

MANCHESTER – Karier pemain tengah, Jack Grealish di Manchester City semakin menemui penghujung selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan sedia melepaskannya dengan nilai sekitar £40 juta (RM229 juta) pada musim panas ini.

Menurut laporan, pemain berusia 29 tahun itu telah dimaklumkan supaya mencari kelab baru selepas dia dilihat tidak lagi menjadi pilihan utama Pengurus City, Pep Guardiola untuk musim depan.

Malah, City juga sanggup menanggung kerugian sebanyak £60 juta (RM343 juta) daripada pelaburan asal bernilai £100 juta (RM574.29 juta) ketika membawanya masuk dari Aston Villa pada 2021.

“Jack (Grealish) perlu bermain kerana dia seorang pemain yang cukup hebat. Malangnya, ia tidak berlaku musim ini apabila dia gagal beraksi untuk setiap tiga hari. Sama ada bersama kami atau di tempat lain, itu perlu diputuskan oleh Jack, ejennya dan kelab,” kata Pengurus City, Pep Guardiola.

Grealish masih mempunyai baki kontrak dua tahun bersama City dengan gaji mencecah £300,000 (RM1.72 juta) seminggu.

Dalam perkembangan lain, Grealish turut membalas kritikan penyokong menerusi media sosial susulan keputusannya digugurkan.

“Saya teruk kebelakangan ini? Menjaringkan tiga gol dalam tiga penampilan terakhir saya selama 45 minit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI