fbpx
Gambar hiasan.

Wanita, kekasih ditahan abai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis menahan dua individu selepas disyaki terlibat dalam kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Puchong, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sekitar pukul 12.43 tengah hari.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek wanita yang juga merupakan ibu mangsa dan teman lelakinya masing-masing berusia 37 dan 42 tahun tinggal serumah bersama kedua-dua mangsa.

“Seramai lima orang saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. Selain itu, suspek lelaki telah direman selama enam hari bermula semalam (5 Jun) bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek, mendapati ibu mangsa negatif dadah manakala teman lelakinya didapati positif dadah serta mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kes narkotik.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN