fbpx

Gajah selongkar kedai runcit ambil makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR gajah liar 'beli-belah' di dalam sebuah kedai. - Foto Taro Media/Viral Press

BANGKOK – Pelanggan sebuah kedai runcit di Thailand terkejut melihat seekor gajah kelaparan memasuki premis tersebut dan mengambil telur ayam serta pemanis mulut, lapor laman berita The Sun semalam.

Gajah jantan berusia 25 tahun itu mengunyah kek beras dan telur ayam selepas menyerbu masuk ke kedai di daerah Pak Chong, kelmarin.

Saiz haiwan itu yang besar menyebabkan ketinggiannya hampir menyamai siling kedai tersebut.

Haiwan liar disahkan dari Taman Negara Khao Yai itu berkeliaran di luar laluan biasa dan memasuki kedai tersebut dan merosakkan rak ketika mencari makanan. 

“Ini adalah kali pertama seekor gajah ‘melawat’ kedai ini. Saya harap ia tidak kembali,” kata pembantu kedai, Khamploy Gakaew.

“Ia makan kek beras yang rangup dan telur ayam sebelum berjalan keluar,” tambahnya yang menghalau gajah itu keluar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI