fbpx

Hannah Delisha sauk shawl ‘ke pasar’ pun lawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERUNTUNG jadi wanita cantik macam pelakon Hannah Delisha yang tampak menarik walaupun sekadar memakai selendang kain jersey.

Pujian melambung itu disuarakan peminat yang mengikuti perkongsian video aktres berusia 28 tahun itu ketika bercuti dengan suami di Maldives.

Rata-rata peminat kagum melihat keayuan Hanna bergaya sepanjang makan angin bersama insan tercinta di pulau romantis itu.

Tidak perlu bergaya berlebihan, sekadar pakai shawl selimpang pun sudah terserlah kecantikannya yang tetap kekal menjaga aurat.

Lucunya ada peminat yang bagi komen kalau dia pakai tudung sekadar belit macam itu nampak seperti nak ke pasar.

Tergelak sendiri bila Diva baca komen itu sebab situasi dilalui wanita tersebut serupa dengan Diva kalau keluar nak beli ikan.

Diva: Teringat fesyen lip lap Rozita Che Wan dari hujung topi ke kasut ketika konsert Ella di Genting Highlands.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI