fbpx

Pemandu lori guna telefon bimbit, maki polis bantuan kena pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pemandu lori dipukul di KSB, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pemandu lori mendakwa dipukul empat individu termasuk anggos polis bantuan dalam kejadian di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) di sini semalam.

Mangsa berusia 30 tahun itu mengadu mengalami kesakitan pada beberapa lengan, mata kiri, mulut, lengan dan belakang kepalanya berikutan insiden pada pukul 11 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, lelaki terbabit masih sedang menjalani pemeriksaan di Hospital Kemaman di sini.

“Kita menerima aduan mangsa yang dibuat di Balai Polis Chukai di sini pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Siasatan awal percaya insiden itu berlaku selepas mangsa enggan mematuhi arahan agar tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu malah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis bantuan bertugas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, klip video berdurasi 0.32 saat yang memaparkan pemandu lori itu dipukul tular di media sosial.

Mohd. Razi berkata, sebelum kejadian, pemandi lori terbabait yang baru selesai menghantar barang di KSB sedang mengundurkan lorinya untuk keluar dari kawasan itu.

Beliau berkata, seorang anggota polis bantuan bertugas telah menegur pemandu lori itu agar tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu tetapi tidak diendahkan.

“Dia dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat dan mencabar anggota polis bantuan terbabit agar menumbuknya.

“Empat invidu terlibat dalam insiden pukul itu telah berkenalpasti dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI