fbpx

Remaja ‘usik’ budak bawah umur dalam stor didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh semasa tiba di mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan merogol seorang pelajar tingkatan empat di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang remaja yang bakal menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol pelajar tingkatan empat di bilik stor sekolah di Kuala Krai tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun dan merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Remaja itu didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun 11 bulan ketika kejadian di lokas berkenaan pada pukul 3 petang, April tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Wan Norfarhan Liyana Wan Baharuddin bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM3,000 kerana anak guamnya baru menerima tawaran menyambung pengajian program matrikulasi pada 23 Jun ini.

“Tertuduh memerlukan masa dan sumber kewangan untuk membuat persiapan bagi melanjutkan pengajian. Ibu bapa tertuduh bekerja sebagai buruh dan pekerja kilang. Mereka tidak mampu membayar jaminan yang tinggi,” katanya.

Mahkamah membenarkan remaja itu diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar wang jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI