fbpx

Tiada respons, Marissa, Aslam membungkam kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marissa dan Aslam memilih tidak memberikan sebarang respons berhubung prosiding permohonan pengesahan pernikahan mereka. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi, pasangan sensasi Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid memilih untuk tidak memberikan sebarang respons berhubung prosiding permohonan pengesahan pernikahan mereka.

Mereka yang memakai pelitup muka bergegas ke Dewan Bicara Dua bersama peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri memandangkan kes itu sepatutnya dibicarakan pada pukul 11 pagi.

Bahkan, anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu juga hanya membungkam ketika wakil media mengucapkan salam kepadanya dan suami.

Begitupun, Marissa tampak menganggukkan kepala dan memberi jawapan tatkala soalan berkenaan keadaannya pada ketika ini diajukan.

“Okey,” katanya ringkas sambil mengekori Ahmad Aslam dan peguam.

Menurut peguam dari Tetuan Muhammad Ammar & Associates, kehadiran pasangan itu hari ini adalah bagi prosiding siasatan permohonan pengesahan pernikahan mereka di Songhkla, Thailand pada 27 Disember 2023 di pihak Marissa.

Pada 5 Mei lalu, pempengaruh berusia 20 tahun dan Ahmad Aslam, 26, muncul di mahkamah sama untuk penyerahan dokumen dan prosiding siasatan pertama pihak lelaki.

Menurut peguam mereka, andai siasatan dan dokumen lengkap selain hakim berpuashati dengan hasil siasatan, pihak mahkamah sudah boleh mengeluarkan perintah pengesahan pernikahan.

Terdahulu, perkahwinan pasangan yang bernikah di luar negara dua tahun lalu itu mengundang perhatian ramai selepas ibunya mendakwa mereka bernikah secara rahsia.

Pernikahan itu juga dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Ahmad Aslam, iaitu Umisya Mazlan sedang mengerjakan umrah.

Ahmad Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang kini berusia tiga bulan.

Manakala dengan Marissa pula, dia pernah kehilangan bayi yang dilahirkan pra-matang pada Ogos tahun lalu iaitu ketika kandungan berusia enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI