fbpx

Tanpa Grand Slam, AS bukan kuasa tenis dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAUL melangkah ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas menewaskan Moller semalam. - AFP

PARIS – Bintang No. 2 Amerika Syarikat (AS), Tommy Paul mengakui jurang antara pemain tenis lelaki AS dan Eropah masih wujud selagi tiada wakil dari negaranya yang berjaya menamatkan kemarau kejuaraan Grand Slam.

Kali terakhir pemain lelaki AS menjuarai kejohanan utama menerusi Andy Roddick di Terbuka AS 2003 dan kegagalan Taylor Fritz pada final tahun lalu di tangan Jannik Sinner terus mengundang persoalan terhadap kemampuan generasi baharu negara itu.

“Kita belum tutup jurang itu sebab tak ada siapa pun menang Grand Slam. Masih ramai pemain Eropah yang berada di ranking lebih tinggi. Cumanya dalam enam tahun ini, memang ada peningkatan,” kata Paul.

Paul kini menghuni ranking ke-12 dunia dan salah seorang daripada empat pemain AS dalam kelompok 20 terbaik, menganggap pencapaian Fritz layak ke final Terbuka AS mencetuskan semangat besar buat seluruh skuad lelaki AS.

“Kami dah dengar sejak kecil tentang kemarau Grand Slam ini. Jadi bila Fritz layak ke final, itu satu detik besar, bukan saja untuk dia, tapi untuk kami semua. Ia buat kami percaya kami pun mampu sampai ke tahap itu,” katanya lagi.

Dominasi Eropah yang dibentuk era Roger Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic kini diteruskan generasi baharu seperti Sinner serta Carlos Alcaraz, manakala pemain AS terus tercari-cari formula terbaik untuk menyaingi mereka.

Dalam aksi pusingan pertama Terbuka Perancis semalam, Paul menewaskan Elmer Moller dari Denmark 6-7 (5/7), 6-2, 6-3, 6-1 untuk mara ke pusingan kedua bertemu pemain Hungary, Marton Fucsovics selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI