fbpx

Penyondol dikecam berbual tak senonoh dengan suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan guru wanita merayu dengan isteri lelaki terbabit agar diberikan peluang kedua untuk dimaafkan.

PETALING JAYA – Seorang guru wanita menjadi mangsa kecaman selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar apabila seorang wanita yang dipercayai isteri juruelektrik terbabit memuat naik tangkap layar perbualan berunsur lucah antara suaminya dan guru berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi satu hantaran lain di TikTok, guru wanita berkenaan dipercayai bersemuka dengan isteri juruelektrik itu sambil merayu agar diberikan peluang kedua untuk dimaafkan.

Dalam rakaman berdurasi kurang seminit itu, guru wanita itu dilihat menangis teresak-esak sambil memohon maaf atas keterlanjuran yang dilakukan.

“Bagi saya peluang. Andai kata saya buat lagi masalah… tolonglah,” katanya dalam nada sebak.

Difahamkan, hantaran asal yang dimuat naik di Facebook sudah dipadam, namun telah tular semula selepas dimuat naik pengguna lain di pelbagai platform media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan jijik dengan tindakan kedua-dua individu terbabit.

“Allahuakbar. Terlampau jijik, tak sanggup nak baca habis. Meloya dah ni. Apa lah perasaan suami dan isteri mereka bila baca perbualan tu,” kata Nurhayati Ab Rahman.

“Tak boleh bayangkan betapa luluhnya hati isteri baca perbualan macam tu,” komen Puan Mahnies. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI