fbpx

EPL: Villa bimbang ‘amukan’ United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLA tidak mempunyai pilihan kecuali memenangi perlawanan menentang United untuk meraih slot ke UCL. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery percaya pasukannya masih lagi perlu menghormati Manchester United menjelang aksi terakhir Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam ini.

Perlawanan kali ini sangat penting buat Villa ketika hanya kemenangan mampu untuk merealisasikan impian mereka meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dan percaya United bakal memberikan mereka tugas sukar.

Emery menjangkakan pengendali United, Ruben Amorim dan anak-anak buahnya akan turun dengan semangat yang berbeza selepas mereka kempunan menjulang trofi Liga Europa apabila tewas berdepan Tottenham Hotspur pada Khamis lalu.

“Saya sentiasa menjangkakan mereka memiliki kemampuan untuk memberikan aksi terbaik. Manchester United masih lagi pasukan yang hebat.

“Mereka masih memiliki pengurus yang hebat, Amorim berjaya melakukan tugas yang baik di Sporting Lisbon, bukan untuk satu atau dua tahun, tetapi sangat konsisten. Apabila tiba di England, beliau berdepan tempoh sukar.

“Saya bersama Aston Villa sejak tiga tahun lalu dan tidak pernah menewaskan mereka di Old Trafford. Hormat saya terhadap Manchester United masih tinggi sejak dahulu. Saya jangkakan mereka bersedia untuk memberikan aksi terbaik.

“Kami akan cuba dan membuat persiapan terbaik dengan perancangan yang sesuai. Kami fokus dan kualiti keseluruhan pemain yang kami ada, saya percaya pasukan ini mampu meraijh keputusan positif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI