fbpx

ASEAN: Pengamal media tempatan, antarabangsa ‘berkampung’ di KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLCC menjadi lokasi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ribuan pengamal media dari dalam dan luar negara mula membanjiri Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini bagi membuat liputan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 sehingga 27 Mei 2025.

Acara diplomatik berprestij ini menghimpunkan ketua-ketua negara dan kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog strategik termasuk China dan negara-negara teluk.

Sidang kemuncak kali ini bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan, mencerminkan aspirasi negara untuk membina ASEAN yang bersatu serta makmur.

Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia, Fatin Norizati Mat Isa, 25, berkata, dia teruja apabila terpilih untuk membuat liputan pada sidang kemuncak kali ini sekali gus peluang untuk belajar perkara baharu.

“Sangat teruja dapat membuat tugasan di sini dan susah nak dapat peluang begini lebih-lebih lagi untuk wartawan muda seperti saya.

“Jika diberi peluang lagi untuk liputan acara begini, saya sedia menyelesaikan tanggungjawab yang diberi,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Kosmo! melaporkan, lebih 1,200 petugas media tempatan dan antarabangsa mendaftar bagi membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung di ibu negara pada 26 hingga 27 Mei ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dipetik berkata, lebih 500 daripada jumlah tersebut merupakan wakil media antarabangsa, sekali gus mencerminkan minat dan perhatian tinggi masyarakat global terhadap sidang kemuncak itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI