fbpx

Lelaki tunggang motosikal sambil meniarap atas tilam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki mengawal motosikalnya sambal berbaring di atas tilam. - Foto @usernsm9x412dj/ TikTok

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand berbaring di atas tilam sambil mengemudi sebuah motosikal roda tiga, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Dalam klip video yang kini tular dan merekodkan lebih 11 juta  tontonan, lelaki itu dilihat menunggang motosikal sambil meniarap.

Kejadian berlaku di wilayah Sisaket, timur laut Thailand.

Lelaki itu kelihatan tenang semasa mengemudi motosikal itu dalam kedudukan yang tidak ‘konvensional’.

Seorang netizen mengulas di media sosial dengan berkata: “Bagaimana dia menukar gear seperti itu?”

“Apa yang akan berlaku jika dia tertidur?,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI