fbpx

Rasuah GLC: SPRM kesan transaksi kewangan di Brazil, Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam dalam pada sidang akahbar membabitkan perkembangan terkini berkaitan operasi yang dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat mengumpul maklumat bagi mengesan beberapa transaksi pelaburan mencurigakan membabitkan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, antara negara terbabit termasuklah Brazil, Singapura dan Belanda.

“Pihak kami mendapati dua rakyat Malaysia dikesan menjadi proksi dalam pelaburan mencurigakan itu.

“Siasatan ke atas syarikat itu membabitkan pengubahan wang haram antaranya berkaitan satu pelaburan iaitu kontrak daripada syarikat di Brazil.

“Transaksi disyaki membabitkan syarikat luar pesisir yang dikawal oleh dua proksi warga Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan pihaknya menyiasat seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri berhubung kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Sapura Energy Bhd. (SEB).

Pada 14 Mac lalu, SPRM membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan Sapura Energy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI