PETALING JAYA – Aksi romantik seorang warga emas yang merakam isterinya dalam diam ketika menunggu giliran di sebuah pusat kesihatan buat orang ramai tidak senang duduk.
Perkongsian oleh seorang wanita di TikTok @Adbahhmbli menunjukkan lelaki warga emas menemani isterinya untuk mendapatkan rawatan elektroterapi.
“Pak cik ini record (rakam) awek senyap-senyap pula,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai cemburu dengan tindakan ‘manis’ lelaki warga emas berkenaan terhadap isterinya.
“Pak cik tolonglah hormat orang single (bujang),” kata @Mira.
“Macam inilah yang kita nak, senang sahaja kan? Takkan kena suruh dulu kan,” komen @Sarah.s.
“Pak cik pun tahu fungsi kamera dekat telefon itu. Malu dekat laki (suami) saya ada telefon pun simpan sahaja dalam poket,” balas @Soyy. -KOSMO! ONLINE
@adbahhmbli Eleh pak cik ni record awek senyap senyap pulaaa #awasnantijatuhcinta ♬ Awas Jatuh Cinta – Armada